Labels

Labels

Sila Like Kami di Facebook.
Sila LIKE kami di Facebook dan dapatkan info terkini iklan jawatan kosong terus melalui Facebook Timeline anda.

Sila Like dan Menang RM200

Job vacancy - Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 25 Januari 2013

Permohonan Adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1 PENSYARAH UNIVERSITI

KELAYAKAN :

• ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

• ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan lain-lain syarat yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Pahang.

• mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang-bidang berkenaan yang berkaitan;dan

• kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan untuk “memuat naik” resume dan sijil-sijil serta mencetak Surat Pengesahan Permohonan On-Line (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP) dan hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera di bawah.

PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN Pada atau sebelum 25 Januari 2013.

Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan setelah mengisi makluman di laman web rasmi UMP;
http://www.ump.edu.my adalah pada 31 Januari 2013

MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG DISINI


Jawatan Kosong Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) - 23 Januari 2013

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Pejabat dan Mes Pegawai Pusat Angkasa Negara bagi jawatan seperti berikut :-

1.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N17)

SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia (Keutamaan Diberi Kepada Anak Negeri Selangor)
ii. Umur 18 - 30 tahun
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 


2.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F29)

SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia (Keutamaan Diberi Kepada Anak Negeri Selangor) ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. iii. Diploma dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; iv. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman membangunkan sistem menggunakan VB.Net, ASP.Net dan MySQL.) 


CARA MEMOHONa) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my atau boleh didapati di pondok pengawal Pusat Angkasa Negara.
b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.
c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.
d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:


Pengarah
Pusat Angkasa Negara
Lot 2233, Jalan Turi, Sungai Lang
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Pn. Jessica Wong Soo Mee)

 
e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 23hb Januari 2013 (Selasa).
f) Permohonan yang tidak lengkap dan teratur akan DITOLAK.
g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
h) Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN PERMOHONAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN